RSS

About

Tragedi helikopter AS350



KUALA KANGSAR: Ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Rahmah Abdullah reda dengan ketentuan Ilahi tetapi berharap anaknya dapat ditemui segera. "Hati saya bergelora kerana memikirkan anak yang masih belum dijumpai dan doa saya tidak pernah putus mengharapkan dia ditemui dalam apa juga keadaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, sebentar tadi. Wan Mohamad Khair-il Anuar adalah seorang daripada enam penumpang menaiki helikopter yang terbabit nahas di Sungai Batang Lupar, Sarawak, petang Khamis lalu. Rahmah, 76, berkata doanya ketika ini tidak pernah berhenti mengharapkan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu dapat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR). "Saya meminta semua orang tolong bersama-sama mendoakan anak saya ditemui dalam apa juga keadaan sekalipun," katanya

sumber : http://www.bharian.com.my/node/151249


PIHAK HOMESTAY KELUARGA Kuala Kangsar  Turut bersedih di atas tragedi Tragedi helikopter AS350 yang menimpa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, di harap ahli keluarga dapat besabar dan redha dengan ketentuanNYA 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment