RSS

About

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Selamat tiba

I







IPOH: Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, sebentar tadi. Pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuching membawa jenazah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu, mendarat pada jam 6.47 pagi. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, mencemar duli menyambut ketibaan jenazah. Sebaik tiba, kedua-dua Tuanku terus menaiki pesawat bertemu ahli keluarga Allahyarham serta mengaminkan doa yang dipimpin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. Pesawat membawa jenazah turut dinaiki isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, 55, serta empat anak pasangan itu. JENAZAH Allahyarham Wan Mohammad Khair-il tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang diterbangkan terus dari Pengkalan Udara Kuching menggunakan pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia. - Foto Supian Ahmad Kira-kira 200 orang merangkumi ahli keluarga dan kenalan turut berada di LTSAS. Suasana pilu menyelubungi LTSAS apabila isteri Allahyarham tidak dapat menahan sebak hingga terpaksa ditenangkan ketika jenazah diturunkan dari pesawat. Jenazah akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan. Pesawat Eurocopter AS350 Ecureuil dinaiki Allahyarham Wan Khair-il bersama lima penumpang lain, dilaporkan terputus hubungan sejak jam 5 petang Khamis lalu ketika dalam penerbangan pulang ke Kuching selepas menghadiri program rasmi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) di Spaoh, Betong.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/151503

Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan urusan - Homestay Keluarga Kuala Kangsar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment