RSS

About

SALAM PAGI SELASA











Salam pagi Selasa               
17 Syaaban 1436H, 
24 May 2016.                                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah kami berlindung denganMu daripada azab kubur, kami berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, kami berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah kami berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung dengan Mu dari bakhil, kami berlindung denganMu dari penakut, kami berlindung denganMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan kami berlindung denganMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

Ya Allah berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah yang baik untukMu".
ْ
Ya Allah kami berlindung daripada kejahatan yang telah kami lakukan, dan daripada semua kejahatan.

Ya Allah hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah.ُ

Ya Allah sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diri kami dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.ُ

Ya Allah kami memohon kepada Mu, Ya Allah yang Maha Esa, yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.
َ
Ya Allah ampunilah kami untuk apa yang telah kami lakukan di masa lalu dan apa yang akan kami lakukan di masa hadapan, apa yang kami lakukan secara tersembunyi dan apa yang kami lakukan terang-terangan, apa yang telah kami berlebih-lebihan dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diri kami sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah yang mengakhiri, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.ِ

Ya Allah sesungguhnya kami mohon kepadaMu agar dimasukkan ke Surga dan kami berlindung kepadaMu dari Neraka.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah kepada kami iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah.

Ya Allah kuatkanlah kami dengan iman dan keyaqinan, taqwa dan ketaatan, agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat.

Ya Allah anugerahkan kami keberkatan ilmu, bantulah saudara kami yang dalam kesusahan Ya Allah. 

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENAMAAN CALON PRK Di DEWAN JUBLI PERAK KUALA KANGSAR



PENAMAAN CALON PRK Di DEWAN JUBLI PERAK KUALA KANGSAR pada 5/6/2016
Homestay Keluarga KUALA KANGSAR HANYA 1.6 KM DARI DEWAN JUBLI PERAK KUALA KANGSAR. (KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)


Homestay Keluarga KUALA KANGSAR HANYA 2.0 KM DARI DEWAN JUBLI PERAK KUALA KANGSAR.(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Google map Homestay Keluarga Kuala Kangsar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PRK Parlimen Kuala Kangsar,





PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun. Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah di sini, sebentar tadi. Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas, manakala Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar selepas mengalahkan calon PAS. 


Dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas berhubung kedua-dua PRK berkenaan, Mohd Hashim berkata, SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. 


Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Allahyarham Noriah dan Wan Mohammad merupakan antara enam mangsa kemalangan helikopter jenis Eurocopter AS350 yang terhempas dekat Sebuyau iaitu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching. Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai serta juruterbang helikopter, Kapten Rudolf Rex Ragas. 


Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi, manakala Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim, Bebas dengan majoriti 1,082 undi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153201

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOOKING

Cara untuk booking:-


Hubungi:-

Berkaitan Tempahan :(prefer whatapps/SMS)


JASRUL    0195594704  
AZLINA     0195599705
SARIFAH   0175866795


1. Whattapps/sms kami untuk bertanya kekosongan dgn detail dibawah:

a) nama :
b) tarikh check in:
c) tarikh check out:

2. whatapps/sms akan dihantar utk confirm status kekosongan.

3. Booking utk confirm RM50/malam. Contoh , jika nak booking 1 malam = rm50, 2 malam rm100, 3 malam rm150 dan seterusnya.

4. Bank in ke :-
account Maybank  152023536781 
                                AZLINA BINTI OTHMAN  

Wang booking tidak dikembalikan jika pembatalan tempahan dibuat.

5. Whatapps gambar resit bank in atau gambar screen PC internet banking atau yg tiada Whatapps boleh SMS detail bank in (masa, tarikh, jumlah).

6. Whatapps/SMS confirmation akan dihantar kepada pelanggan menyatakan tempahan berjaya dibuat.

7. Buat pembayaran penuh ke


 account Maybank  152023536781 

                                AZLINA BINTI OTHMAN  

selewat-lewatnya sehari sebelum mengambil kunci 

Terima kasih atas kesudian tuan bermalam  Homestay Keluarga Kuala Kangsar

YANG PALING PENTING .. value for MONEY.. only RM170 per night. TAPI KALAU SEWA LEBIH DARI SEHARI KAMI BERI HARGA SPECIAL RM  150

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Selamat tiba

I







IPOH: Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, sebentar tadi. Pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuching membawa jenazah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu, mendarat pada jam 6.47 pagi. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, mencemar duli menyambut ketibaan jenazah. Sebaik tiba, kedua-dua Tuanku terus menaiki pesawat bertemu ahli keluarga Allahyarham serta mengaminkan doa yang dipimpin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. Pesawat membawa jenazah turut dinaiki isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, 55, serta empat anak pasangan itu. JENAZAH Allahyarham Wan Mohammad Khair-il tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang diterbangkan terus dari Pengkalan Udara Kuching menggunakan pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia. - Foto Supian Ahmad Kira-kira 200 orang merangkumi ahli keluarga dan kenalan turut berada di LTSAS. Suasana pilu menyelubungi LTSAS apabila isteri Allahyarham tidak dapat menahan sebak hingga terpaksa ditenangkan ketika jenazah diturunkan dari pesawat. Jenazah akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan. Pesawat Eurocopter AS350 Ecureuil dinaiki Allahyarham Wan Khair-il bersama lima penumpang lain, dilaporkan terputus hubungan sejak jam 5 petang Khamis lalu ketika dalam penerbangan pulang ke Kuching selepas menghadiri program rasmi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) di Spaoh, Betong.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/151503

Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan urusan - Homestay Keluarga Kuala Kangsar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tragedi helikopter AS350



KUALA KANGSAR: Ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Rahmah Abdullah reda dengan ketentuan Ilahi tetapi berharap anaknya dapat ditemui segera. "Hati saya bergelora kerana memikirkan anak yang masih belum dijumpai dan doa saya tidak pernah putus mengharapkan dia ditemui dalam apa juga keadaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, sebentar tadi. Wan Mohamad Khair-il Anuar adalah seorang daripada enam penumpang menaiki helikopter yang terbabit nahas di Sungai Batang Lupar, Sarawak, petang Khamis lalu. Rahmah, 76, berkata doanya ketika ini tidak pernah berhenti mengharapkan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu dapat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR). "Saya meminta semua orang tolong bersama-sama mendoakan anak saya ditemui dalam apa juga keadaan sekalipun," katanya

sumber : http://www.bharian.com.my/node/151249


PIHAK HOMESTAY KELUARGA Kuala Kangsar  Turut bersedih di atas tragedi Tragedi helikopter AS350 yang menimpa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, di harap ahli keluarga dapat besabar dan redha dengan ketentuanNYA 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS