Masjid Ubudiah,
kadang kala dikenali sebagai Masjid
Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala
Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia
Masjid
Ubudiah,
kadang kala dikenali sebagai Masjid
Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala
Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan
merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di
Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.
Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil
Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Dari
segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana
Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan
Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa
beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris
Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid
di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah
berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari
Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak
didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris
Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau
bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli
dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja
Chulan. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama
Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor
gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda
Debok.
Perjuangan
gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya,
musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga
berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama
gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti
berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi
tidak berhasil.
Oleh
sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara
Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh
kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa
melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira
$22,000.00.
Pada
hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, telah
meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka
dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.),
Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.
Ia merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Ia merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
kalau datang ke Kuala kangsar bolehlah bertandang di
HOMESTAY KELUARGA KUALA KANGSAR
No 13 Jalan Taayah,
33000 Kuala Kangsar
Perak,
0 comments:
Post a Comment